Cer Klik

Cer Klik

Saturday 13 August 2011

Solat Lima Waktu

Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Waktu-waktu solat


Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.

Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.

Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.

Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.

Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

Syarat wajib solat:

  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat

  • Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w.
"Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).
  • Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.
  • Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.
"Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31).
  • Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t.
"Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144).
  • Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

Perkara-perkara yang membatalkan solat

  1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
  2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
  3. Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.[1]
  4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
  5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
  6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
  7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
  8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
  9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
  10. Meninggalkan rukun solat.
  11. Murtad

Rukun Solat

Rencana utama: Rukun Solat
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
  1. Qalbi (diingat dalam hati)
  2. Qauli (diucap dengan lidah)
  3. Fi'li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
  1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
  2. Niat.[Qalbi]
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
  5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru,berhenti sebentar).[Fi'li]
  6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
  7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah. [Fi'li]
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
  9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud. [Qauli]
  10. Duduk dalam Tasyahhud akhir. [Fi'li]
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
  13. Tertib [Qalbi]
Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).

Perkara-perkara sunat dalam solat

  1. Sunat Hai'ah
  2. Sunat Ab'adh 

Perkara-perkara makruh semasa solat

  • Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
  • Memandang ke atas (mendongak).
  • Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
  • Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
  • Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
  • Bercekak pinggang.
  • Menyinsingkan kain atau baju.
  • Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
  • Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
  • Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

Persediaan sebelum menunaikan solat

Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan solat

  • Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
  • Membaca Al-Quran.
  • Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.

Sunat Hai'ah

Sunat Hai'ah merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 15 perkara:

  1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
  2. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
  3. Membaca doa tawujud/iftitah. Doa iftitah ialah:
    1.  :"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."
    2.  : (Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faţara As-Samawāti Wa Al-’Arđa Ĥanīfāan Wa Mā ‘Anā Min Al-Mushrikīna, ‘Inna Şalātī Wa Nusukī Wa Maĥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbi Al-`Ālamīna, Lā Sharīka Lahu, Wa Bidhalika ‘Umirtu Wa ‘Anā Min Al-Muslimīna)
  4. Membaca A'uzubillah
  5. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat dan masa-masa yang ditentukan
  6. Membaca amin selepas fatihah
  7. Membaca surah al-Quran
  8. Membaca tasbih ketika rukuk
  9. Membaca tasbih ketika sujud
  10. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk
  11. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya
  12. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri
  13. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir
  14. Salam yang kedua

Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Ab'adh.

Sunat Ab'adh

Sunat Ab'adh merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 7 perkara:

  1. Membaca tahiyat awal.
  2. Selawat kepada nabi dalam tahiyat awal
  3. Duduk tahiyat awal
  4. Doa qunut waktu subuh dan pada Solat Sunat Witir.
  5. Selawat di dalam qunut
  6. Berdiri semasa qunut
  7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.

Mereka yang tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi, tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Hai'ah.

    Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki

    No comments:

    Post a Comment